Saturday, June 23, 2012

wajah2 kesayangan hamba.

hye. finally i'm done with VIVA. that's mean it was the end of my degree moment. what a short of 2 and half years. surely I will miss them a lot. much much. heart u olls. till we meet again soon. all the best to my frens!

after viva lunch time. sume muka happy jek!

at SAB dorm. before our dinner. 

before VIVA pose dulu ok!

tadaa he's mine ok! :D
*this is our first pix together and i'm the one who spoil it!

jejaka2 ISB sekalian

again pose ala2 super model before VIVA. LOL

Monday, June 4, 2012

Alhamdulillah (:




nothing much to say. 

Alhamdulillah, semoga ini adalah permulaan hidup yang lebih baik. 

and abah,this is for u as birthday present. (:

Wednesday, May 30, 2012

Tabahnya Hawa Setianya Adam

hari ni aku ada inspection kat Mahkota Parade, Melaka. target hari ni Seleria Food Court. kami check pape yang patut. yang mana patut diberi notis,keluarkan notis. Alhamdulillah,semua pekerja dan pemilik food court memberi kerjasama yang baik sekaligus memudahkan tugas kami penguatkuasa SSM. selesai tugasan kami, kami dijemput oleh pengurus Seleria Food Court Pn Lina (bukan nama sebenar) untuk menikmati jamuan ringan. pehh tak pernah2 kan dapat layanan VVIP cenggitu. haha. pape pun rezki jangan ditolak.


banyak juga la kuih2 yang dihidangkan. sedangkan kami berlima je (aku, Kak Zai, Kak Ina, En Kamal dan Che Mat). maka, kami pun berborak2 kosong. entah camne En Kamal bertanya tentang Pn Lina (pengurus food court) tentang status nya. Rupa-rupanya wanita yang aku lihat tabah dan tersenyum dari tadi merupakan ibu tunggal dan mempunyai 3 anak. suaminya meninggal dunia 2 tahun lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu hendak menjemput Pn Lina pulang dari kerja. nak dijadikan cerita kebiasaannya arwah suami Pn Lina akan menjemput beliau dengan menaiki kereta, tapi pada hari kejadian arwah menunggang motosikal. mereka berkenalan di Mahkota Parade yang di mana arwah merupakan technician F&N dan Pn Lina ialah staff yang bertugas di food court MP. arwah juga merupakan seorang muallaf.tabahnya wanita ini mengharungi hidup. mana kan kerja. balik nak jaga anak. dialah ibu dialah bapa. salah seorang staff kami mengusik Pn Lina bertanyakan tentang teman baru. Beliau sambil mengukir senyum berkata tak pernah terfikir pun setakat ini nak cari pengganti. yang saya pk saya nak jaga anak2 besarkan diorang jadi insan berguna. lagipun,cinta saya pada arwah tak pernah padam. Subhanallah! kalau aku ditempat beliau, entah mampu entah tidak aku meneruskan kehidupan. aku berdoa agar Allah sentiasa memberi kekuatan kepada Pn Lina. faham2 sahajalah hidup menjanda ni besar cabaran nya. orang sekeliling tak habis2 mengata. semoga anak2 Pn Lina akan menjadi insan yang berjaya dan membela nasib ibu mereka. aminn.


topik perbualan semakin rancak. kalau tadi bercerita tentang kehidupan Pn Lina. entah camne bercerita pasal gender. biasalah Kak Zai dan Kak Ina ni memang selalu bias terhadap lelaki. macam lah suami diorang bukan lelaki. huhu. Kak Ina tiba2 berkata yang perempuan selalunya setia macam Pn Lina. tapi lelaki kubur masih merah pun dah cari lain. itu yang dah takde. kadang2 ni hidup lagi, pun sibuk pasang cawangan lain. aku hanya mampu tersenyum sahaja mendengar perbualan mereka. lebih selesa mendiamkan diri dan mendengar pandangan2 mereka. Kak Ina bukak cerita tentang adik ipar beliau yang sanggup menceraikan isterinya yang telah melahirkan 9 orang anak dan kawin dengan wanita lain. isteri yang diceraikan ni pun bukan calang2,seorang guru. sanggup pencen awal untuk menjaga salah seorang anak mereka yang kurang upaya. Masha-Allah! besar pengorbanan wanita itu, semoga Allah memberi ganjaran yang hebat buat beliau. En Kamal dah cabut lari time ni. malas nak amik port katanya. haha.


tapi Che Mat masih steady lagi. malah menyambung perbualan dengan ayat yang membuatkan saya kagum. tak semua lelaki camtu katanya. cuba Kak Ina dan Kak Zai tengok suami masing2? ada ke mereka camtu? yang korang tengok cuma sebahagian kecil lelaki2 sahaja. jangan samakan semua lelaki camtu. kalau saya,saya takkan cari lain. masa sebelum kawin dulu,ingat senang ke nak dapat? nak ngorat dia? susah! kena maki,kena tahan malu,kena marah semua tu dah rasa baru lah dapat jadi isteri sampai sekarang. dah tu,masa baru2 kawin yang sama2 susah dengan saya siapa lagi (isteri) lah. dah tu sekarang dah senang, dah stabil senang2 je saya nak bagikan kesenangan yang saya dah dapat usaha bersama dengan isteri tu kepada perempuan lain?dengan penuh yakin Che Mat melontarkan kata2 yang membuatkan kami berempat kagum di situ. Subhanallah! Masih ada lelaki yang seperti ini. semoga bakal suamiku nanti juga berpendirian seperti Che Mat. (kalau Che Mat baca entri ni konfim kembang semangkuk!)


tabahnya Hawa, setianya Adam. semoga kita semua mendapat pasangan seperti mereka Insya-Allah. :)

Monday, May 28, 2012

a job seeker's story.

Hye uolls!


dang! hari ni takde keje kat opis. penat aku ngendeng sana ngendeng sini tanya ada keje tak sume cakap takde. cik handphone pulak tertinggal kat umah. so aku macam omaiigodd nak watpe ni. pk punya pk then yeah updating my blog yang berhabuk. LOL.


semalam aku amik cuti. buat muka comel pegi jumpa en Director kat bilek dye dapat lah aku bercuti. bercuti for what? holiday? getting engage? NO NO NO! aku mintak cuti untuk ke intebiu. wahh 1st time in my life interview for work. neves? tayah cakap lah. kena panggil intebiu hari Isnin tapi jantung macam nak luruh ni dari hari Sabtu. haha. ada la sket2 aku wat persediaan. n a big thanks to UiTM sebab masa last sem ada wat finishing school module. it helps me a lot to be prepared for the interview. (tulah dulu kat UiTM asik nak merungut je kalau ada modul rupa2nya ini gunanya.hahaha)


intebiu bermula pukul 9 pagi. so rase2 tak sempat nak gerak dari Melaka to KL pada hari yang sama. so, aku menuju ke KL sehari lebih awal. menginap di rumah sewa Ady (eh Ady ni pompuan lah kawan sekolah takkan aku nak tumpang umah jantan :D). sampai2 kat rumah dia terus pegi swimming. pehh best sangat mandi malam2 kat pool. time ni lah nak mandi pool free kan dah ada kemudahan. (sebab tu aku berangan da keje nak duduk apartmen atau kediaman yang seangkatan dengannya bole swimming malam2 ;) )


dah puas berendam for sure lapar so pegi makan. after makan dengan tak dirancang kami bergerak menuju ke i-city. oii esok ada intebiu ni tengah malam masih merayap. kalau duduk rumah pun hati tak tenang kan. around pukul 2 pagi baru sampai rumah and mata tersangat mengantuk. orang mengantuk disorongkan bantal zzzzz lah jawabnya. tapi pukul 3 pagi aku da terjaga. neves lah kenapa lagi kan. pujuk2 jugak mata untuk lelap. sebelum subuh dah bangun. kemas2 mekap2 pukul 7 keluar dari rumah. 


jantung ni dah taktau nak cakap la berdegup tersangat kencang. tiba2 aku terpk dalam kereta eh betul ke tempat intebiu tu depan Putra Station Masjid Jamek. ahh sudah! then Ady tengok aku dah macam kelam kabut semacam dia pun cakap. takpela aku teman ko sampai Masjid Jamek tu. omaaiigodd that's awesome friends! thanx a lot! yang aku pulak asik tengok jam tak sudah2. sempat lah jangan risau. kata2 semangat dari sahabat. finally, sampai kat Masjid Jamek station and terus nampak sign board OCBC. tersenyum lebar aku di situ. salam peluk cium kejap dengan Ady then aku bergerak menuju ke tempat interview. 


aku sampai dalam pukul 8.30. time tu tak ramai lagi ada dalam 10 orang. majoriti nya lelaki and chinese. muka calon2 ni semua macam hebat jek. macam dah berkerjaya semua. aku je yang muka freshie lagi katanya. kemudian semua calon2 diminta mengisi borang and hantar folder and photocopy of certificates. beratur then sampai turn aku alamak fotostat transkrip degree and diploma tertinggal lah. damn! rilekss senyum jangan nampak muka gabra. aku pun buat muka yakin dan comel katanya I'm sorry I had left my photocopy of certificates but I bring the original one. naseb baek amoi yang entertain tu cakap never mind its ok dengan muka kiut dia tu, fuhh lega!


perut da la lapar tak sempat nak bekfes. naseb baek ofis ni sediakan refreshment katanya. dapat la makan sandwich barang sekeping dua bagi mengalas perut ni. bagi menghilangkan perasaan neves tak sudah2 ni aku pun berborak la dengan candidates yang ada. since diorang dah banyak kali pegi job interview minta la idea2 sket kan. naseb baek ada yang ramah dalam banyak2 yang muka kerek and bajet je aku jumpa tu. huhu.


tengah mendengar cerita2 mereka nama aku pun dipanggil masuk. masa tu dah pukul 12. pehh 3 jam jugak aku tunggu turn. masuk2 aku tengok 3 orang interviewer dah menunggu. semuanya amoi yang comel2 and hot sangat. aku cuba senyum semanis mungkin. interviewer tu pun senyum jugak. oh thanxx!! slow2 perasaan neves tu pegi bila melihat muka ramah dan mesra interviewer tersebut. bermulalah sesi intebiu dengan mereka minta aku perkenalkan diri sampai lah ke pengalaman keje ku. bla bla bla banyak betul soalan dan banyak benda yang aku merepek2 kat situ. tapi benda yang aku tak bole lupa aku nak cakap I quit tapi dengan yakinnya aku cakap I retired for that job masa mereka tanya tentang part-time job aku. then, salah sorang amoi cakap retired??and i still dont realize that and dengan muka konfiden aku cakap yes i retired. she smiled. and baru aku perasan yang aku tersalah cakap. upss sorii my wrong I quit that job. omaiiigodd!! apa aku cakap ni. amoi2 tu gelak sakan and aku pun terpaksa senyum dengan kesilapan yang tak patut itu. lebih kurang setengah jam aku disoal siasat.

so far the interview session run smooth. nak cakap pasal potensi aku untuk dapat aku berserah je sekarang ni. sebab candidates laen pun bukan calang2. ada yang dah memang bekerja kat bank len. so dah ada credit experience kat situ. kalau ada rezeki aminn tapi at the same time i really hope to get the job. amoi2 tu cakap diorang akan kol dalam masa 2 minggu. if takde kol means tak dapat. emm lepas ni asik tengok handphone je la jawabnye. itulah pengalaman pertama ku yang akan aku kenang and gunakan untuk interview2 laen di masa hadapan.


I would like to thanks En Abah and all the family for give me support, to my sahabat Ady (kalau ko takde mesti lagi kelam kabut aku) and to the interviewers cause give me an opportunity to be interviewed. semoga ada rezeki ku di sana. wassalam.



Saturday, April 7, 2012

Ya Allah kuatkan hatiku.

aku hamba yang lemah.
lemah dengan pujuk rayu.
aku pohon
kuatkan hatiku Ya Allah.
;(

Wednesday, April 4, 2012

apabila mengantuk menyerang diri.

hari ni mengantuk sangat2.
nak keje pun macam oh my god!
nak cakap lagi la pulak.
mau tak pukul 3 pagi baru tido and 6.30 pagi dah kene bangun.
tesis punya pasal la nih.
itu pun tak siap2 lagi.

bile camni aku rindu sangat2 time study.
kalau study, bila stay up bagai nak rak.
kelas pagi sure burn.hahaha
ni da keje mana bole nak ponteng2.
eh pasan ko eh keje.
intern baru! LOL

yang penting, lunch ni nak tido nak tido nak tido!

it has been a YEAR!!!

hye blog yang berkulat berkapang aish segala berrrrrr la.
hahaha.
tibe2 saya rase cam nak menghupdate blog ni.
setahun da berlalu.
so many things had happened.
suka duka tawar pahit manis.
semua bercampur gaul membuatkan life saya so ooossseeeemmmmm!

Thursday, June 23, 2011

saya dan karier

oo lala laa..peh da berhabuk berkarat segala la blog ni..lama jugak saya tak online..kalau online pon takde mende bes nak update..


sekarang ni saya nga cuti sem yang memang panjang gile..4 bulan tuuuu.. da cam budak spm habis skolah.. so nak mengisi masa yang teramat lapang ni saya pon mencari la karier. ceh karier la sangat kan.. ;)


ok well now da about a month saya dan karier saya sebagai crew kat one of restaurant at segamat.. ni pengalaman pertama saya berkarier.. before ni ada jek halangan yang membuatkan saya tak bekarier,.


nak cite sket la tentang karier saya tuu.. crew kat restaurant so apa lagi  skop karier nye kan mesti la keje2 yang berkaitan dapur,waitress..dua2 saya suka..duduk kat dapur bes ada jek keje nak kena wat,,potong sayur,setting makanan,kemas2 dapur tapi penat dye peh! sebab tu la saya rase majoriti chef2 kat dunia ni dimonopoli oleh lelaki..huhu.


kaau duk kat depan lak agak boring bile takde customer..tapi saya suka tengok gelagat2 customer yg datang..family,kapel,kawan2..aii macam2..bes tgk org..tapi lagi bes kalau ada mamat2 single,berkarier yang datang..cuci mata woo!


chow dulu..got things to do.bye!

Tuesday, March 29, 2011

arrggghhhhhhh!!!!!

ArrrrrGGgghhhhhhhhh!!!!

bayang la saya tengah jerit kuat2 tu ye..haha..saya da macam nak mereng ni..keje banyak sangat2..ulang suara keje saya banyak sangat2 ok!


test lagi berderet..bila saya nak study oooIIIIiiii!!!


padan muka saya..assignment nak due baru terhegeh2 nak wat,,thumbs up!haha


da saya nak sambung wat assignment ni..


p/s::dalam sibuk2 saya, i still remember him.:( miss u damn much!

Friday, March 18, 2011

alahai..

cian blog saya ni..terbiar jek x update..huhu.x de benda sangat pon yg best skang ni..dgn kesibukan yg melanda..tapi yang paling penting.dis weekend saya nak lik umah..saya harap everything could be fine..i'Allah..:)

tapi yg wat saya panas hati hari ni..ada orang tu beria-ia nak datang..nak jumpa..tapi ni da petang da kott..batang idung pon x nampak..pantang tul aku..janji bagai nak rak..huh.siap la DIA nanti..

Saturday, March 5, 2011

addicted to Dr. Tuah..;)

hey buddies..lama gile x update..bz mengharungi life2 student ni.ceh..:p


sekarang ni..saya da ada hobi baru..baca buku dr tuah..peh gile motivasi kan.?Cik Jah la ni wat saya terpengaruh..so far saya da baca 3 buku dye.."Membina Cinta Sayang","Kalau Ya,Katakan Ya" n "Biar Betul2"..


santai gile cara dr ni tulis..based on true story of other people..n thanx dr i think i already have booster like u said..;)


korang len shud try to read it ok..very interesting..thanx dr.:)

Saturday, February 12, 2011

congrate to him.

da penat ngadap assignment,pe lagi online x hingat dunia..tibe2 terasa nak stalk fb sumone yang pernah bertakhta di hati..ceh!

tup2 tengok relation status da engaged.ingat kan maen2..yela skang kan standard orang kapel je pon nak letak status engaged la married la..huhu.tapi sah da engaged rupenye..tengok pix2 tunang dia..ok gud for him..congrate..kalau sudi jemput la time kawen t..huhu..

saya jek yang tak tau penghujung hubungan saya ni..huhu.ah poyo la nak sedey2..chill ok baru 21..kecoh sangat nak settle down pehal..hutang berderet..:p

kalau si dia yang dimaksudkan ni baca dis entry i wish him congratulations..semoga berbahagia hingga jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat..dapat anak yang comel2..really happy for u..:)

Friday, February 11, 2011

back to melaka.:)

ok mood arini berjimba with all buddies at uitm melaka..jiji.kak long n intan...wah hug korang sangat2..hilang rinduuu..jalan2 kat jonker..pahlawan..orang melaka yang jarang2 berjalan di melaka ni da cam jakun gak la..hahaha..

x bole nak upload pix since kamera xde..uda la ni sibuk nak bawak kamera kat plkn.ah semak..da akak ko ni x bole nak bergambar sakan..

xpe.janji all the memories remains in our heart.aiceh..heart u all much3..:)

Monday, February 7, 2011

its over..

1 year,1week n 3days.
so SAD.
even i'm the one who made the decision.
it really SUCKS.
i LOVE him so much.
never met any guy like him.
he's so SPECIAL in my heart.
but maybe it is the best for us.
for our future.
ada jodoh i'allah we will be together.
i MISS u sayangs.
i will NEVER FORGET each moment that we had shared.
especially the last time we met just now.
salam kasih rindu peluk cium :: alan~lela.

this is dedicated to u my dearest Mohd Noor Azlan.

Monday, January 31, 2011

akibat hujan tanpa henti

banjir..sume orang konfim tau tentang ini..bagi saya,ini pengalaman pertama saya melihat kejadian banjir di depan mata..kat segamat banjir.ingat balik umah terlepas,rupa2nya banjir jugak..kat sini ada la beberapa gambar yang dapat saya ambil sewaktu kejadian..


p/s:: gambar x berapa clear..snap dlm bas n kete..ditambah plak dgn kamera cap ayam bak kata nyet..muahaha


ni kat jalan keta api segamat,after jambatan..masa ni keta api lalu..suppose bole lalu jalan alternatif tapi jalan alternatif da naik air..:(


sungai kat segamat dekat2 taman laksamana.

dekat area segamat indah
 
 gerai abe.
 
 
x sure kat area ne..haha
 
 ini kat area umah saya..selandar..huhu
 
 bila air da makin naik.baru la En Polis letak signboard banjir..huhu
 
all those pix was taken on 30/1/2011 around 3 pm to 7 pm..semoga bencana alam ni memberi hikmah yang besar buat kita sume..:(









Saturday, January 22, 2011

speechless

note::in this entry i used aku instead of saya..

peh.bengang.sedih.marah.kecewa.

semua ada la..

terima kasih banyak2 la..

to someone.


aku bukan jenis yang nak point orang balik.

point la aku macam2 lagi k.

camtu kot rasanya nak show off sayang ko kat aku.

try hard cam xde pape yang happen.

tapi sangat susah.

sumpah aku sangat emo sekarang.

THANX A LOT.

Friday, January 21, 2011

13 years ago...

hari ini adalah hari yang membawa saya pada kenangan yang tak mungkin saya dapat lupakan...13 years ago,arwah mak meninggal pada tarikh ini..21.01.1998 tepat jam 5.25 am...mak pergi mengadap ilahi sewaktu melahirkan adik yang turut meninggalkan kami 5hari kemudian..ya mungkin x banyak memori saya bersama mak tapi memori2 tersebut tetap kekal abadi di ingatan..

saya masih ingat lagi malam sebelum mak meninggalkan saya..saya pulang ke kampung di kulai pada malam tersebut..time tu kami sekeluarga tinggal di skudai so dekat je la kan..dan cikgu di sekolah ada memberikan surat dan borang untuk saya membuat kutipan derma buat anak2 yatin di sekolah..saya begitu semangat mengutip derma dari pakcik,makcik,atok,nenek...jumlah kutipan tu saya tak ingat la tapi agak banyak jugak..seronok sangat masa tu.x sabar nak gi sekolah esoknya untuk menyerahkan wang kutipan derma tersebut pada cikgu..

esok pagi sewaktu saya bangun untuk bersiap ke sekolah,abah bagitau saya yang mak da pegi hospital n saya akan dapat adik..yahoo!gembira di hati tak terkata..semasa saya sedang bersahur bersama abah,atok dan family2 yang len ada panggilan telefon..abah yang jawab dari pihak hospital..pihak hospital minta abah ke hospital dengan segera..abah,pak anjang dan saya ke hospital..

sampai di hospital,abah minta saya tunggu di kereta..abah dan pak anjang masuk ke dalam hospital..lama sangat saya rasa abah kat dalam..abah x kua2 pun..hati kecil saya sewaktu tu rasa ada sesuatu yang x kena..tiba2 abah datang ke kereta..abah x cakap pape pun tapi abah nangis..saya pun turut sama nangis..abah peluk saya..abah masih diam..entah macam mana saya boleh bertanya,"abah,mak dah tak ada ke?"..abah x jawab tapi abah nangis lagi..saya tanya lagi..lama baru abah mengiyakan..

beberapa jam kemudian,ramai saudara mara datang ke hospital..semua menenangkan abah..peluk saya..saya diam tak berkata pe pun..saya lihat adik kembar saya yang baru berusia 3tahun lebih gembira bermain2..lewat petang barulah jenazah mak dikebumikan..seminggu je lagi nak raya mak pergi..

mak memang sangat garang sewaktu hayatnya..kalau ngaji salah mak rotan..x makan sayur pon mak rotan..tapi mak juga yang tiap2 hari anta saya ke sekolah..jalan kaki bersama saya..mak siapkan bekal ke sekolah..sikat rambut saya..jaga saya bila saya sakit..mak dah takde..sape nak marah saya,nak rotan saya..nak jaga saya..

mak,kak lang rindu kat mak..kak lang tau kak lang bukan anak yang baik..tapi tu bukan salah mak..mak,mak yang terbaek kak lang ada..walaupun kejap je mak sempat jaga kami semua..kak lang akan sentiasa doakan kesejahteraan mak kat sana..al-fatihah..:((

p/s::mak memang tiada pengganti tapi kami masih ada ibu yang baik dan sayang kami macam anak sendiri..kami sayang mak dan ibu..

Thursday, January 20, 2011

pleasseee avoid ALONG ..

tadi borak2 dengan ehem2 saya..then dye buka cite sal one of his frens..about a year ago,saya ada jumpa kawan ehem2 saya..Azam (bukan nama sebenar)..dye ni da kawen n ada anak sorang..so masa saya jumpa Azam ni dengan wife n anak dye sekali la..comel sangat anak dye..dalam 6bulan kot umo anak dye masa saya jumpa tu..

saya terkejut sangat bila ehem2 saya gtau yang Azam ni da meninggal dunia 2 days ago..innalillah..:( on the spot saya teringat kat wife n anak arwah..camne la si comel tu kecik2 lagi da takde ayah..n wife dye pulak yang x keje,how to survive without a husband..pity them..

arwah meninggal sebab accident dalam lumba haram..da menang da arwah jatuh coz tayar motor tercabut..arwah sempat bangun tapi terus dilanggar oleh kereta..arwah join game tu coz nak bayar hutang along selepas beberapa tahun x involve dengan lumba haram..arwah menang in dat game,dapat wet..sekaligus dapat langsaikan hutang Along..

tapi camne nasib keluarga arwah..wife n anak dye.?bukan niat saya nak burukkan arwah tapi nak jadikan iktibar untuk kite sume..pleaasseee la susah camne pun..kering camne pun jangan la sesekali pinjam wet kat along..ingatlah orang2 yang tersayang disekeliling kita...:(

Tuesday, January 18, 2011

beruntung jadi perempuan.

semester ni,bermulalah kehidupan saya sebagai minah rempit..aiceh..abah da bagi permission bawak moto so sekarang gi klas ari2 dengan moto la..sangat best sebab x yah nak bangun awal2 sangat cam dulu semata2 nak tunggu bas..hoho tapi itu bukan tujuan utama entry ni..

kenapa saya kata beruntung jadi perempuan.?1st sekali bila da bawak moto ni baru la saya nampak yang jejaka2 uitm ni gentle2 belaka rupenye..contohnya:uitm nye park moto tu peh x nak macam penuh plak kan..so bile nak lik umah moto saya da stuck x leh nak kua..nak alihkan moto2 yang menghalang,kudrat x terdaya..x sampai berapa saat konfim akan ada jejaka2 uitm yang akan offer diri..'xpe saya tolong alihkan ye moto2 ni.'oh alhamdulillah..kalau lagi best siap ada yang tolong kua kan moto saya..wah!so gentle..;)

selain itu,biasa la moto da agak berusia..mesti la kadang2 susah nak stat bila lepas isi minyak..nanti mesti ada je yang datang offer diri nak statkan moto..wah wah wah..

saya sangat bersyukur menjadi perempuan..thanx a lot to all the gentle guys that help me out..may Allah will bless u..;)

Friday, January 7, 2011

get well soon.

saya sangat risau..kamu x baek2 demam lagi.damn!da 3 klinik da g..kerajaan n private sume g..cepat la baek..rindu kamu..baek cepat2 k..rindu kamu.:(