Hye uolls!
dang! hari ni takde keje kat opis. penat aku ngendeng sana ngendeng sini tanya ada keje tak sume cakap takde. cik handphone pulak tertinggal kat umah. so aku macam omaiigodd nak watpe ni. pk punya pk then yeah updating my blog yang berhabuk. LOL.
semalam aku amik cuti. buat muka comel pegi jumpa en Director kat bilek dye dapat lah aku bercuti. bercuti for what? holiday? getting engage? NO NO NO! aku mintak cuti untuk ke intebiu. wahh 1st time in my life interview for work. neves? tayah cakap lah. kena panggil intebiu hari Isnin tapi jantung macam nak luruh ni dari hari Sabtu. haha. ada la sket2 aku wat persediaan. n a big thanks to UiTM sebab masa last sem ada wat finishing school module. it helps me a lot to be prepared for the interview. (tulah dulu kat UiTM asik nak merungut je kalau ada modul rupa2nya ini gunanya.hahaha)
intebiu bermula pukul 9 pagi. so rase2 tak sempat nak gerak dari Melaka to KL pada hari yang sama. so, aku menuju ke KL sehari lebih awal. menginap di rumah sewa Ady (eh Ady ni pompuan lah kawan sekolah takkan aku nak tumpang umah jantan :D). sampai2 kat rumah dia terus pegi swimming. pehh best sangat mandi malam2 kat pool. time ni lah nak mandi pool free kan dah ada kemudahan. (sebab tu aku berangan da keje nak duduk apartmen atau kediaman yang seangkatan dengannya bole swimming malam2 ;) )
dah puas berendam for sure lapar so pegi makan. after makan dengan tak dirancang kami bergerak menuju ke i-city. oii esok ada intebiu ni tengah malam masih merayap. kalau duduk rumah pun hati tak tenang kan. around pukul 2 pagi baru sampai rumah and mata tersangat mengantuk. orang mengantuk disorongkan bantal zzzzz lah jawabnya. tapi pukul 3 pagi aku da terjaga. neves lah kenapa lagi kan. pujuk2 jugak mata untuk lelap. sebelum subuh dah bangun. kemas2 mekap2 pukul 7 keluar dari rumah.
jantung ni dah taktau nak cakap la berdegup tersangat kencang. tiba2 aku terpk dalam kereta eh betul ke tempat intebiu tu depan Putra Station Masjid Jamek. ahh sudah! then Ady tengok aku dah macam kelam kabut semacam dia pun cakap. takpela aku teman ko sampai Masjid Jamek tu. omaaiigodd that's awesome friends! thanx a lot! yang aku pulak asik tengok jam tak sudah2. sempat lah jangan risau. kata2 semangat dari sahabat. finally, sampai kat Masjid Jamek station and terus nampak sign board OCBC. tersenyum lebar aku di situ. salam peluk cium kejap dengan Ady then aku bergerak menuju ke tempat interview.
aku sampai dalam pukul 8.30. time tu tak ramai lagi ada dalam 10 orang. majoriti nya lelaki and chinese. muka calon2 ni semua macam hebat jek. macam dah berkerjaya semua. aku je yang muka freshie lagi katanya. kemudian semua calon2 diminta mengisi borang and hantar folder and photocopy of certificates. beratur then sampai turn aku alamak fotostat transkrip degree and diploma tertinggal lah. damn! rilekss senyum jangan nampak muka gabra. aku pun buat muka yakin dan comel katanya I'm sorry I had left my photocopy of certificates but I bring the original one. naseb baek amoi yang entertain tu cakap never mind its ok dengan muka kiut dia tu, fuhh lega!
perut da la lapar tak sempat nak bekfes. naseb baek ofis ni sediakan refreshment katanya. dapat la makan sandwich barang sekeping dua bagi mengalas perut ni. bagi menghilangkan perasaan neves tak sudah2 ni aku pun berborak la dengan candidates yang ada. since diorang dah banyak kali pegi job interview minta la idea2 sket kan. naseb baek ada yang ramah dalam banyak2 yang muka kerek and bajet je aku jumpa tu. huhu.
tengah mendengar cerita2 mereka nama aku pun dipanggil masuk. masa tu dah pukul 12. pehh 3 jam jugak aku tunggu turn. masuk2 aku tengok 3 orang interviewer dah menunggu. semuanya amoi yang comel2 and hot sangat. aku cuba senyum semanis mungkin. interviewer tu pun senyum jugak. oh thanxx!! slow2 perasaan neves tu pegi bila melihat muka ramah dan mesra interviewer tersebut. bermulalah sesi intebiu dengan mereka minta aku perkenalkan diri sampai lah ke pengalaman keje ku. bla bla bla banyak betul soalan dan banyak benda yang aku merepek2 kat situ. tapi benda yang aku tak bole lupa aku nak cakap I quit tapi dengan yakinnya aku cakap I retired for that job masa mereka tanya tentang part-time job aku. then, salah sorang amoi cakap retired??and i still dont realize that and dengan muka konfiden aku cakap yes i retired. she smiled. and baru aku perasan yang aku tersalah cakap. upss sorii my wrong I quit that job. omaiiigodd!! apa aku cakap ni. amoi2 tu gelak sakan and aku pun terpaksa senyum dengan kesilapan yang tak patut itu. lebih kurang setengah jam aku disoal siasat.
so far the interview session run smooth. nak cakap pasal potensi aku untuk dapat aku berserah je sekarang ni. sebab candidates laen pun bukan calang2. ada yang dah memang bekerja kat bank len. so dah ada credit experience kat situ. kalau ada rezeki aminn tapi at the same time i really hope to get the job. amoi2 tu cakap diorang akan kol dalam masa 2 minggu. if takde kol means tak dapat. emm lepas ni asik tengok handphone je la jawabnye. itulah pengalaman pertama ku yang akan aku kenang and gunakan untuk interview2 laen di masa hadapan.
I would like to thanks En Abah and all the family for give me support, to my sahabat Ady (kalau ko takde mesti lagi kelam kabut aku) and to the interviewers cause give me an opportunity to be interviewed. semoga ada rezeki ku di sana. wassalam.
No comments:
Post a Comment