Wednesday, May 30, 2012

Tabahnya Hawa Setianya Adam

hari ni aku ada inspection kat Mahkota Parade, Melaka. target hari ni Seleria Food Court. kami check pape yang patut. yang mana patut diberi notis,keluarkan notis. Alhamdulillah,semua pekerja dan pemilik food court memberi kerjasama yang baik sekaligus memudahkan tugas kami penguatkuasa SSM. selesai tugasan kami, kami dijemput oleh pengurus Seleria Food Court Pn Lina (bukan nama sebenar) untuk menikmati jamuan ringan. pehh tak pernah2 kan dapat layanan VVIP cenggitu. haha. pape pun rezki jangan ditolak.


banyak juga la kuih2 yang dihidangkan. sedangkan kami berlima je (aku, Kak Zai, Kak Ina, En Kamal dan Che Mat). maka, kami pun berborak2 kosong. entah camne En Kamal bertanya tentang Pn Lina (pengurus food court) tentang status nya. Rupa-rupanya wanita yang aku lihat tabah dan tersenyum dari tadi merupakan ibu tunggal dan mempunyai 3 anak. suaminya meninggal dunia 2 tahun lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu hendak menjemput Pn Lina pulang dari kerja. nak dijadikan cerita kebiasaannya arwah suami Pn Lina akan menjemput beliau dengan menaiki kereta, tapi pada hari kejadian arwah menunggang motosikal. mereka berkenalan di Mahkota Parade yang di mana arwah merupakan technician F&N dan Pn Lina ialah staff yang bertugas di food court MP. arwah juga merupakan seorang muallaf.tabahnya wanita ini mengharungi hidup. mana kan kerja. balik nak jaga anak. dialah ibu dialah bapa. salah seorang staff kami mengusik Pn Lina bertanyakan tentang teman baru. Beliau sambil mengukir senyum berkata tak pernah terfikir pun setakat ini nak cari pengganti. yang saya pk saya nak jaga anak2 besarkan diorang jadi insan berguna. lagipun,cinta saya pada arwah tak pernah padam. Subhanallah! kalau aku ditempat beliau, entah mampu entah tidak aku meneruskan kehidupan. aku berdoa agar Allah sentiasa memberi kekuatan kepada Pn Lina. faham2 sahajalah hidup menjanda ni besar cabaran nya. orang sekeliling tak habis2 mengata. semoga anak2 Pn Lina akan menjadi insan yang berjaya dan membela nasib ibu mereka. aminn.


topik perbualan semakin rancak. kalau tadi bercerita tentang kehidupan Pn Lina. entah camne bercerita pasal gender. biasalah Kak Zai dan Kak Ina ni memang selalu bias terhadap lelaki. macam lah suami diorang bukan lelaki. huhu. Kak Ina tiba2 berkata yang perempuan selalunya setia macam Pn Lina. tapi lelaki kubur masih merah pun dah cari lain. itu yang dah takde. kadang2 ni hidup lagi, pun sibuk pasang cawangan lain. aku hanya mampu tersenyum sahaja mendengar perbualan mereka. lebih selesa mendiamkan diri dan mendengar pandangan2 mereka. Kak Ina bukak cerita tentang adik ipar beliau yang sanggup menceraikan isterinya yang telah melahirkan 9 orang anak dan kawin dengan wanita lain. isteri yang diceraikan ni pun bukan calang2,seorang guru. sanggup pencen awal untuk menjaga salah seorang anak mereka yang kurang upaya. Masha-Allah! besar pengorbanan wanita itu, semoga Allah memberi ganjaran yang hebat buat beliau. En Kamal dah cabut lari time ni. malas nak amik port katanya. haha.


tapi Che Mat masih steady lagi. malah menyambung perbualan dengan ayat yang membuatkan saya kagum. tak semua lelaki camtu katanya. cuba Kak Ina dan Kak Zai tengok suami masing2? ada ke mereka camtu? yang korang tengok cuma sebahagian kecil lelaki2 sahaja. jangan samakan semua lelaki camtu. kalau saya,saya takkan cari lain. masa sebelum kawin dulu,ingat senang ke nak dapat? nak ngorat dia? susah! kena maki,kena tahan malu,kena marah semua tu dah rasa baru lah dapat jadi isteri sampai sekarang. dah tu,masa baru2 kawin yang sama2 susah dengan saya siapa lagi (isteri) lah. dah tu sekarang dah senang, dah stabil senang2 je saya nak bagikan kesenangan yang saya dah dapat usaha bersama dengan isteri tu kepada perempuan lain?dengan penuh yakin Che Mat melontarkan kata2 yang membuatkan kami berempat kagum di situ. Subhanallah! Masih ada lelaki yang seperti ini. semoga bakal suamiku nanti juga berpendirian seperti Che Mat. (kalau Che Mat baca entri ni konfim kembang semangkuk!)


tabahnya Hawa, setianya Adam. semoga kita semua mendapat pasangan seperti mereka Insya-Allah. :)

No comments:

Post a Comment